Pilih Makanan Yang Selamat Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari ...

Pilih Makanan Yang Selamat

Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan makanan.


Macam mana nak pilih makanan yang selamat?

Senang je.





Pilih bahan mentah yang segar


Sayur-sayuran dan buah-buahan

Tidak layu, kecut, bertukar warna dan busuk


Ikan

Kulit yang bersinar dan berwarna terang dan tidak diselaputi oleh lendir yang tebal

Cerah dan matanya tidak tenggelam

Segar dan insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau kering)

Tidak berbau busuk

Isi yang kenyal


Udang

Tidak rosak, kulitnya lutsinar tanpa tompok-tompok hitam

Tidak berbau busuk


Daging

Segar dan tidak lendir

Tidak busuk


Ayam / Itik

Segar

Tidak busuk dan tidak bertukar warna

Lihat kepada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya


Telur

Tidak retak atau bocor

Tidak ada banyak najis dan kotoran pada kulit telur


Bijirin/kekacang

Tidak berkulat

Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing

Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah


Makanan dalam tin

Tin itu tidak kemek, kembung atau berkarat

Penutupnya tidak kembung

Tidak bocor

Belum tamat tarikh luput

Makanan yang dibungkus

Tidak bocor atau kotor

Tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar) untuk membungkus.


Pilih makanan yang telah dimasak dengan sempurna


Daging yang telah dimasak dengan sempurna, berwarna perang di bahagian dalamnya

Ayam yang telah dimasak mempunyai jus yang berwarna jernih dan tidak berwarna merah jambu apabila dicucuk dengan garfu

Ikan yang telah dimasak mesti mudah dipisahkan isi dari tulang dan tidak berwarna merah jambu

Telur kuning dan putih tidak jernih atau lutsinar


Pilih makanan yang baru dimasak


Elakan dari memakan makanan yang disediakan terlalu awal dari masa untuk dimakan

Lebih baik untuk makan sebaik sahaja selepas dimasak

Panaskan dengan sempurna makanan yang telah dihidangkan untuk beberapa lama


Pilih makanan yang disimpan dengan betul


Bahan mentah yang mudah busuk (daging, ayam dan ikan) sepatutnya disimpan pada suhu yang betul

Makanan yang telah dimasak tidak disimpan bersama dengan bahan mentah

Elakkan dari membiarkan makanan terhidang pada suhu bilik terlalu lama (lebih dari 4 jam)

Bungkus atau tutup makanan untuk disimpan

Tutup makanan yang dipamer dengan sempurna


Pilih tempat makan yang bersih


Tidak terlalu hampir dengan jalan raya dan laluan yang sibuk

Jauh dari tempat ternakan haiwan, parit atau tangki septik

Ada keperluan asas seperti air yang bersih untuk membasuh, elektrik, tempat membuang sampah yang betul dan tandas yang bersih

Menyediakan tempat untuk membasuh tangan dan sabun

Menggunakan gelas dan pinggan yang bersih dan tidak pecah atau retak

Elakkan gerai jalanan yang tidak bersih

Tempat penyediaan makanan yang selamat dan bersih

Bebas dari haiwan seperti kucing, anjing, tikus, lalat, serangga, burung dan pepijat

Utamakan premis yang mempunyai pengesahan dari pihak berkuasa tempatan sebagai bersih dan selamat


Konklusi


Kesemua tips-tips mudah ini perlu lah dititikberatkan semasa kita memilih makanan apa yang hendak kita makan.


Nampak macam remeh, tetapi kesannya adalah besar untuk kesihatan kita kerana pemakanan adalah faktor besar yang berkait dengan kesihatan badan kita.


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai peneman dalam ‘journey’ penjagaan kesihatan diri anda.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular